Tuesday, April 14, 2009

Peralatan Kuda Kepang

komponen yang penting dalam permainan kuda kepang ialah 5 buah Angklung. Angklung diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh didapati daripada hutan atau kedai runcit di kampung. Angklung bersaiz segiempat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan bunyi yang unik dan menarik.

Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini diperbuat daripada kayu Leban dan kulitnya dari kulit lembu. Kulit lembu diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya Haji kerana pada waktu yang sesuai untuk mendapatkan nya dengan kos yang lebih murah dan kuantiti yg mencukupi. terlebih dahulu, Kulit lembu ini hendaklah dikeringkan. Sementara pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu untuk mengelakkan alunan lagu tidak sekata .

yang lain ialah pecut. Pecut diperbuat daripada buluh dan tali. Kedua-duanya dipintal menjadi satu. Fungsi Pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda kepang.

Perkakas yang utama ialah kuda-kuda. Ianya diperbuat daripada kulit lembu. Dibentuk menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.

Selain itu perkakas lain ialah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini digunakan untuk dibuat pagar bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya. Alat-alat lain ialah gong. Gong apabila dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.

0 comments: